Ingatkah anda semua akan banjir yang teruk yang melanda pantai timur pd akhir tahun lepas?? Masih terpahat di hati kami warga kelantan & terengganu ketika musibah melanda kami. D seorang anak kelantan dan D menghadapi dengan rasa sedih pd keluarga2 yang terkesan dengan banjir tersebut.
Tapi kita sebagai orang islam, dan kita tahu itu semua adalah ujian daripada Allah SWT kepada kami. Dengan doa yang sentiasa kami panjatkan alhamdulillah...walaupun banjir itu tidak terjankau oleh fikiran kami...kami hadapinya dengan redha. Dan kami penduduk kelantan amat berterima kasih kepada pihak-pihak sukarelawan yang sedia datang membantu dan semua yang menderma bahan keperluan kpd mereka yang perlukan.
Disini, D kongsikan kembali tika saat banjir itu melanda sebahagian negeri kami dan keluarga2 yang terkesan akan banjir itu...memori ini akan sentiasa dihati kami.
Laluan LPT1
Meter bacaan air semakin naik
Kampung Gua Musang
Bandar Gua Musang
Bandar Pasir Puteh
Bandar Pasir Puteh
Pasaraya Tesco Kota Bharu
Jambatan Sultan Yahya Petra
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Depan KB Mall
Jambatan Sultan Yahya Petra
Kediaman Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Kenangan ini tidak akan kami lupakan....dan terima kasih sekali lagi atas bantuan yang telah menolong kami.


































